Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU:TANDA-TANDA PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Tahukah bahawa pendarahan ketika hamil amat merisaukan kepada ibu-ibu yang hamil. Ini pernah terjadi kepada saya semasa saya mengandung anak pertama. Saya mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah kandungan saya selamat kerana pendarahan telah terhenti. Mimpi ngeri berlaku kembali saya mengalami pendarahan untuk kali ke 2. Saya tidak pergi ke hospital, tetapi saya merawat secara kampung. Alhamdulillah kandungan saya selamat. Bukan tak nak ke hospital tetapi saya ngeri untuk melalui prosedur ketika saya mengalami pendarahan untuk kali pertama.

Pendarahan di awal kehamilan memang menakutkan tetapi tidak menghairankan kerana kira-kira 15 hingga 25% sahaja wanita mengalami pendarahan di trimester awal kehamilan. Menurut Pakar Perbidanan R.Todd Ivey, ibu tidak perlu bimbang jika pendarahan adalah ringan dan tidak disertai rasa sakit. Jika pendarahan semakin banyak seperti haid, darahnya merah terang dan sisertai rasa sakit atau kejang segeralah ke hospital yang terdekat.

Image result for awal kehamilan



Antara Tanda-tanda Pendarahan ketika hamil seperti;-

1) Ancaman Keguguran

Keguguran adalah perkara yang paling mengerikan. Jika janin anda bakal gugur, anda akan mengalami pendarahan disertai sedikit rasa kejang. Namun serviks akan kekal ditutup. Bagi sesetengah wanita, pendarahan mereka terhenti dan kehamilan boleh diteruskan. Manakala untuk sesetengah kes yang lain, pendarahan ini berterusan dan akhirnya janin mereka gugur. Sebaiknya, hentikan sebarang aktiviti dan kerja-kerja lasak yang anda sedang lakukan.

2) Keguguran

Pendarahan, sakit pada bahagian abdomen dan belakang badan adalah pentanda biasa kepada masalah keguguran. Ujian menunjukkan serviks terbuka waktu ini. Bahkan tisu juga kaan dipindahkan ke vagina. Anggaran keguguran adalah antara 15 hingga 20% dan biasanya terjadi pada 12 minggu pertama kehamilan. Penyebab utama ialah masalah genetik yang terganggu dengan proses perkembangan janin dalam kebanyakan kes, keguguran sukar dielakkan.

3) Kehamilan Ektopik 

Pendarahan dan sakit pada bahagian abdomen mungkin juga berpunca kehamilan ektopik. Ia dianggarkan berlaku dalam nisbah 1dalam 60 hamilan. Masalah ini terjadi apabila implan telur berkembang diluar rahim. Apabila kehamilan ini semakin berkembang wanita tersebut akan mula merasa sakit. Menurut Dr Ivey, ada sesetengah kehamilan ini akan menyebabkan toub fallapio pecah. Inilah saatnya wanita kehilangan jumlah darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah dan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.


4) Subchorionic Hematoma

Keadaan ini merujuk kepada pengumpulan darah pada kantung kehamilan dan dinding rahim. Semasa ujian ultrasound, doktor mungkin dapat mengesan ketulan. Kdang-kadang ia akan larut sendiri dan keluar sebagai darah. Jika ketulan ini besar dan kekal pada tempatnya, ia akan meninggikan risiko keguguran janin.

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Renewal Mudah Dengan Shaklee Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Biasakan dengar kalau kita register kad untuk membeli belah contoh di sesebuah pasaraya pasti kene renew balik dan kena bayar semula untuk tempoh tertentu. Shaklee macam tu juga tapi lain tau. Dulu Shaklee tak kena renew, sejak tahun 2016-2017 dia mula buat sistem baru untuk keahlian aktif bagi memudahkan Shaklee. Nak tahu tak macam mana renewal mudah dengan Shaklee? Saya sejak join Shaklee, inilah yuran keahlian paling murah, dulu saya join Rm68.90 sekarang Rm35 je. Nak lagi free member beli je 100uv lebih kurang Rm350+ dah   FREE MEMBERSHIP .. best ke best? Apa yang penting anda perlulah Sign Up dahulu sebagai ahli. Macam mana nak daftar sebagai ahli meh sini saya ajar. Follow step kat bawah, mudah je. Boleh daftar ahli di sini: Klik Di sini # Langkah 1 Anda ada 2 pilihan sama ada nak join member dengan bayar RM 35 atau beli produk sama ada dengan apa-apa produk Shaklee berharg

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ~~~P

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: ESP UNTUK GASTRIK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Entry saya pada hari ini berkaitan Gastrik . Tahukah kamu apa itu gastrik? Gastrik merupakan suatu keadaan di mana selaput di dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Terdapat 2 jenis Gastrik iaitu Gastrik akut dan Gastrik kronik. Gastrik akut merupakan Gastrik yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang sihat. Manakala Gastrik kronik merupakan Gastrik yang berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun. Bagaimana Gastrik dapat dipulihkan? Terdapat alternatif yang mudah untuk anda untuk mengatasi masalah Gastrik anda. Anda perlu mengambil sumber protein daripada Produk Shaklee iaitu ESP . Di mana ESP merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino. Asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, kulit, otot, kulit dan rambut. Sumber protein dalam pemakanan kita akan musnah akibat dari pemanasan. Maka kita tidak dapat memiliki sumber protein sepe