Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Apa usaha kita mengawal penyakit diabetes nombor SATU ini?
...belajar dan tuntut ILMU!!! Jangan suka dengar cakap orang yang tak berkelayakan..
Diabetes jenis 2 adalah 90% daripada keseluruhan penyakit diabetes
Diabetes 'jenis 2' BUKAN berpunca daripada paras glukosa tinggi dalam darah..ia adalah berpunca dari masalah rintangan insulin (insulin resistant) kerana berlaku kerosakan kepada 'reseptor' insulin yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik..
Akibatnya insulin gagal menolak masuk glukosa ke dalam sel-sel tubuh yang akan menyebabkan pengumpulan glukosa dalam darah dan jika paras glukosa terlalu tinggi maka ia akan keluar dalam air kencing menyebabkan air kencing menjadi 'manis' ..
Mengambil ubat semata-mata hanya akan menurunkan paras glukosa darah pesakit diabetes dan tidak memulihkan kerosakan reseptor insulin tersebut
Oleh kerana itu, untuk benar-benar memulihkan diabetes kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam secukupnya. Di samping itu berhenti merokok dan mengawal stres juga boleh membantu dalam pemulihan diabetes.
Pemakanan sihat untuk memulihkan kerosakan reseptor insulin pada sel-sel tubuh kita perlu kita fahami dengan cara berikut..insyaallah
1. Berhenti mengambil GULA pasir secara berlebihan, gunakan pemanis gantian yang lebih sihat (stevia, madu, gula kabung etc)
2. Berhenti makan makanan proses (processed foods) dan karbohidrat halus (refine carbs) termasuk juga elakkan mengambil asid lemak TRANS seperti marjerin & krimer
3. Makan lebih banyak sayur-sayuran
4. Makan lebih banyak buah-buahan segar
5. Makan karbohidrat berserat tinggi dan mempunyai indeks glisemik rendah (beras perang, wholegrain, ubikayu, keledek dsbgnya)
6. Makan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak ikan (omega 3), minyak kelapa (santan), minyak kelapa sawit dll
7. Mengambil lebih banyak protin sihat dalam pemakanan seperti makanan laut (ikan, udang, sotong dll), kekacang, daging, ayam (utamakan ayam kampung) dsbgnya
8. Minum air secukupnya iaitu air yang lebih sihat seperti air mineral (beralkali), teh O, teh hijau, kopi O, air limau (tanpa gula) dan elakkan minuman manis bergula dan jus buah-buahan.
Amalan minum cuka buah seperti cuka epal sider, cuka buah teen dan cuka kurma (satu sudu cuka campur dengan segelas air kosong, lebih sedap di titiskan stevia) sangat baik mengawal paras glukosa darah
9. Pengambilan suplemen tambahan juga sangat baik membantu pemulihan sel-sel tubuh dan mengawal paras glukosa dengan lebih baik ..seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C, Vitamin E, Omega 3, Mineral ( Magnesium, Chromium, Zinc, Selenium, Kalsium dll), Co Enzim Q10, Asid Alfa Lipoik dsbgnya
(suplemen ini tidak merosakkan buah pinggang atau hati jika diambil dalam dos yang sepatutnya ) sila rujuk doktor yang mahir tentang Nutritional Medicine untuk kepastian tentang suplemen ini
Terdapat juga beberapa jenis suplemen herba yang baik untuk membantu mengawal diabetes seperti peria katak, tunjuk langit, pecah kaca, gingko, ginseng, temu lawak, hempedu bumi, gymnema, roiboos tea dsbgnya tetapi perlu dirujuk dengan doktor yang mahir tentangnya, insyaallah
Kawal diabetes dengan cara menjaga kesihatan secara menyeluruh dari aspek pemakanan, senaman, kawalan stres, berhenti merokok, berhenti GULA dan pengambilan suplemen yang perlu...tiada 'magic bullet' atau ubat ajaib untuk merawat diabetes tetapi kefahaman dan ILMU yang betul adalah kuncinya..
In Shaa Allah
#drnorman #infosihat #cegahdiabetes #healthyeating #healthyliving
Comments