Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Jangan Tinggal Sahur Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Daripada Abi Saad al-kudri, Rasulullah S.A.W bersabda," Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur. (HR Ahmad) Tahun lepas saya hanya dapat bersahur selama 7 hari bermakna saya cuma berpuasa selama 7 hari sahaja kerana saya menunggu hendak bersalin dan tahun itu baru pertama kali saya menggantikan puasa dengan begitu banyak sekali ketika melahirkan anak ke-4 ini. Untuk menggantikan puasa juga sangat mencabar bagi saya yang menyusukan anak dan bangun untuk bersahur untuk menggantikan puasa. Alhamdulillah saya selesai menghabiskan ganti puasa saya. Apa yang anda tahu tentang sahur? Kebiasaan sahur di ambil pada awal pagi sebelum subuh dan sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh dan